Friday, July 15, 2011

MINI HIFI SONY NO SOUND

Salam semua,lama aku tak menulis entry kerana terlalu sibuk.Hari ni aku nak cerita sedikit tentang permasalah pada sebuah hi-fi sony yang menggunakan ic power stk4122.Model ni memang top pada tahun 80an.Masalah yang selalu timbul pada model ni tak ada sound,kebanyakkan puncanya bukan pada ic tapi kadang-kadang kerana paterinya longgar pada bahagian pin ic tersebut.Agak jarang aku temui model ini yang kerosakkannya kerana ic nya short.


Dry joint pada pin ic...
Kebanyakkan model ini kerosakannya adalah berpunca oleh resistent yang bernilai 100ohm yang mati terus atau lari bacaannya.Sedut,buang dan ukur bacaannya diluar board,kebiasannya pada model ini ia menggunakan 3 buah
semuanya.
Selepas aku tukar 3 buah resistent tersebut akhirnya hi-fi tersebut berfungsi seperti  biasa,tapi timbul masalah lain,pada bahagian panel display tak menampakan nombol digitalnya dan agak payah untuk melihat atau membuat fine tuning,setelah di periksa rupanya mentolnya terbakar,aku ganti yang baru Allhamdulillah semuanya sudah sukses...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARNING

AWAS JANGAN MENCUBA KALAU ANDA
BUKAN SEORANG JURUSERVIS

Popular Posts

service manual dan diagram