Thursday, September 6, 2012

TV SAMSUNG 29 INCI TAK HIDUP

Sebuah tv Samsung 29 inci model CS-29DW yang kerosakkan asalnya tak hidup dan masih ada tersimpan bekalan kuasa pada condenser 220uf,450 volts,setelah di periksa ternyata str yang rosak.Setelah diganti str  (3S1265RF) aku periksa juga transistor horizontalnya,,,yess!! ternyata jebol juga,kata rakan-rakan  dari Indonesia.
Transistor horizontal aku pasang tanpa pateri dahulu kerana takut ada lebihan voltage regulatornya.Gunakan mentol 100 watt sebagai load dan tv di hidupkan,Alhamdulillah bacaanya sekitar 130volt.
D2578
 Lankah kedua sambungkan transistor horizontal dan hidupkan tv,tv berfungsi dengan baik tapi lebih kurang 3 minit ada bau hangit dan transistor horizontal amat panas.Perkara pertama yang aku fikir mungkin FBT yang rosak.Aku cari FBT yang terpakai tapi kerokkannya sama sahaja.Pendekkan cerita rupanya ic vertikal yang buat hal(LA7845),setelah di ganti Alhamdulillah bereh.

8 comments:

Anonymous said...

Salam encik, nak tanya.. sy ada sebiji tv fujitech 21 inch.. masalah tv ini ialah bila on, gambar takde tp suara ada.. bila ketuk kat box br ada, tp selepas tu hilang pula.. apa kerosakannya encik? apa yg patut sy tukar? selepas itu, saya beli tv LG 29 inch, pada mulanya ok je.. tp baru2 ini tv tu off sendiri tp standby light ada kelip2.. adakah disebabkan anak saya suka cucuk2 button power tu ke? apa yg patut saya tukar? Semakin pening fikir pasal kos membaiki.. harap encik bleh tolong saya.. tq -eid

MOBYDICK said...

Wa alaikumsalam,untuk masalah pertama
mungkin masalah pada paterinya sudah renggang(dry join) dan masih boleh dibaiki,bagi masalah kedua agak sulit untuk dijawab,berkemungkinan besar rosak bahagian regulator(supply) dan berlaku protek dan masih boleh di baik pulih...

Anonymous said...

Terima kasih encik atas maklum balas.. lepas je sy tanya dgn encik ttg masalah itu, tv LG sy terus elok dan boleh dipakai sehingga sekarang.. walhal, blum repair apa2 lagi pun... huhuhu..

MOBYDICK said...

Alhamdulillah....

Anonymous said...

Encik, dia jd lg.. tp setiap kali dia terpadam n liplap2, sy akan ketuk kat power button je.. n then br okey.. huhuhu.. leh tau apa tu protek n regulator tu? apa fungsi sbnrnya?

MOBYDICK said...

Protek ni kiranya macam pencegahan atau kawalan pada alat tersebut,biasanya masalah ni berlaku pada alatan yang yg dryjoin atau longgar paterinya pada bahagian power supply,bila berlaku keadaan seperti itu peralatan tersebut akan detect yang tv tersebut ada masalah,untuk menggelakkan sesuatu keadaan maka ia akan cutoff untuk mengelaakan belaku kerosakkan alat(tv atau etc...)

Anonymous said...

encik, tv saya prob kembali.. boleh sy tau kos membaiki tv 21 inch dan 29 inch tu? nak baiki sendiri mmg blur plak.. huhuhu.. di tpt saya ini (klang) tak mengesyorkan sy mambaikinya kerana kosnya pun dah tinggi seperti beli tv baru.. betul ke encik? di mana lokasi encik kalo encik sudi membaikinya dgn harga yang berpatutan.. terima kasih encik

MOBYDICK said...

Kosnya dibawah seratus ringgit,saya berada jauh di Kelantan.Pada pendapat saya rasanya tak berbaloi la kalau nak baiki kerana umurnya pun dah lama,tambahan sekarang ni tv yang model baru(led) pun dah murah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARNING

AWAS JANGAN MENCUBA KALAU ANDA
BUKAN SEORANG JURUSERVIS

Popular Posts

service manual dan diagram