Sebuah tv samsung 20 inci telah dihantar kerumah aku kerana dalam sehari dua ni aku kurang sihat(deman) jadi aku tak buka kedai,jadi aku luangkan juga masa untuk membaikinya.Menurut kata tuan dia tv ni kena buka dan biarkan beberapa minit baru hidup tapi sekarang dah lain yang jadi mati terus.Aku on tv dan check pada condenser supply 450uf 400v (kalau tak silap), ada bacaan volt tapi bila di off masih ada voltan yang tersimpan
dicondenser kalau tersentuh silap gaya boleh maut dibuatnya.Cara discharge,guna bulb berkuasa AC 240V/100WATTS sambung wayar pada pinnya kemudian shock kan pada bahagian + dan - condenser tersebut,
kemudian periksa kembali dengan multimeter takut voltagenya masih ada.Langkah kedua tukar STR 5Q0765RT,tukar condenser 33uf,25v.Jika ada kelihatan condenser lain yang membuncit sila tukar,kebiasaan 100uf 160v gantikan dengan 220uf 160v dan terakhir dua condenser 470uf 35v ganti dengan 470uf 50v.Langkah terakhir sila pateri kesemua bahagian power regulator,vertical dan bahagian lain jika kelihatan ada dry join.Lastly jika yakin tiada yang shock dan anda berpuas hati boleh lah di hidupkan tv tersebut dan dengan izin Allah segalanya selamat.
No comments:
Post a Comment