Tuesday, February 22, 2011

PUNCA UTAMA KEROSAKKAN YOKE

Berdasarkan pengalaman yang aku ada selama menceburi bidang baiki alat-alat elektronik dapatlah aku beri sedikit tip untuk dikongsi bersama.Kita sedia maklum yoke coil adalah bahagian penting pada tv atau monitor,tanpa yoke suatu objek pun tak akan keluar kat screen tv atau monitor kerana fungsi yoke adalah untuk menyeret atau membuat bukaan pada bahagian vertical dan horizontal yang berpusat dibahagian tengah picture tube.Besar atau kecil gambar yang keluar juga bergantung pada ukuran yoke.


Sering kali kita temui kerosakkan pada yoke pada bahagian vertical atau horizontal tapi tahukah anda punca sebenar selain dari masalah teknikal.Pernah anda melihat objek seperti ni,mungkin pernah tapi kat mana.....

Benda ni boleh kita pada bahagian yoke coil,ia menjadi pelapik antara leher picture tube dan yoke coil...


Semakin lama kita guna tv semakin panas pada bahagian yoke,kepanasan yoke memberi tindak balas pada pelapik yang berasaskan getah itu untuk menjadi lembut.Pada waktu pagi atau suhu yang agak lembap biasanya picture tube akan berpeluh dan peluh ini akan mengalir turun ke getah pelapik tersebut,lama-kelamaan salutan bahan sadur pada coil akan tertanggal kerana wap air dan kepanasan pada yoke dan akhirnya menghasilkan  percikan bunga api dan seterusnya hangus,jadi bila ditukar baru carilah alternatif lain sebagai ganti pelapik tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARNING

AWAS JANGAN MENCUBA KALAU ANDA
BUKAN SEORANG JURUSERVIS

Popular Posts

service manual dan diagram