Wednesday, February 16, 2011

WINDOWS 8


Windows 8-Apakah benar ia akan menemui kita pada tahun 2012 sama-sama lah kita tunggu kalau panjang umur.Tengah-tengah  dok belek kat internet untuk mencari artikel yang menarik terjumpa aku satu entry yang aku kira menarik untuk dikongsi bersama.Tajuk entry tersebut ialah "Dapatkan windows 8 Beta!!!!.antara kandungan entry tersebut....



Mungkin umumnya sudah sedia maklum yang mana Windows 8 akan menemui para pengguna pada tahun 2012. Menariknya, kini beberapa data memperlihatkan yang mana Windows 8 Beta mungkin akan dilepaskan seawal tahun 2011.

Sebelum ini, beberapa dokumen telah terlepas ke arena internet, memperlihatkan pelbagai fungsi baru yang dirancang untuk sistem operasi Microsoft generasi akan datang yang mana buat masa ini dikenali sebagai Windows 8.

Ianya kini dikatakan yang mana Windows 8 sudah pun berada dalam fasa pembangunan, dan versi Milestone 1 sudah pun diuji secara dalaman di Microsoft. Jikalau semuanya berjalan dengan lancar, Windows 8 Beta akan menemui para pengguna seawal pertengahan tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Microsoft berkenaan dengan sistem operasi generasi akan datang yang sedang dibangunkan mereka.

Antara fungsi baru pada Windows 8 yang sedia diketahui adalah seperti boot komputer dengan lebih pantas, butang reset yang membolehkan sistem operasi anda kembali seperti sedia kala, kebolehan pengenalan melalui identiti muka, pelayar web baru – Internet Explorer 9, sokongan Windows App Store dan banyak lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARNING

AWAS JANGAN MENCUBA KALAU ANDA
BUKAN SEORANG JURUSERVIS

Popular Posts

service manual dan diagram