Kebanjiran tv dari China dikala ini ada juga keuntungan kepada pengguna yang berpendapatan rendah,apa taknya dengan Rm300 pengguna memperolehi tv sebesar 29 inci soal jenama tak perlu diambil kesah sangat.Kebanjiran tv dari China memberi sedikit impak pada pengeluaran tv berjenama walaupun tak sebesar mana impaknya.Tahukah anda mengapa tv dari China boleh dijual begitu murah,kerana ia menggunakan barang yang dikitar semula.Antara bahan kitar semula ialah Picture Tube atau biasa juga dipanggil cermin oleh orang-orang kampong.Cermin atau picture tube ini dibeli secara pukal dikedai-kedai membaiki tv selepas
dicuci dan dimasukkan board dan casing yang datang dari China(board tv) kemudian didaftarkan dengan pelbagai jenama untuk dipasarkan,secara ringkasnya board dan kulit sahaja yang baru.
Kebiasaan kerosakkan pada tv China adalah berpunca dari pateri yang longgar atau dryjoin.Penggunaan timah pateri yang kurang kualiti menyebabkan pateri mudah longgar.Bahagian power regulator adalah amat penting,jika bahagian ini longgar biasanya regulator tak stabil dan menyebabkan lonjatan atau lebihan kuasa.Bila berlaku dibahagian IF,RF atau Video menyebabkan gangguan pada kualiti gambar atau bunyi dan banyak lagi kalau nak diceritakan.
Pada sebelah petang aku didatangi seorang pelanggan yang membawa sebuah tv China berjenama ARKA yang rosak bahagian regulator,setelah diamati banyak crack atau dryjoin aku pateri kesemua bahagian yang longgar.Bila membeli solder lead belilah yang ada campuran flux yang banyak kerana bila proses pematerian dilakukan akan mendapat hasil yang terbaik.Penggunaan condenser yang bervoltan rendah juga punca kerosakkan pada tv China sebagai contoh 470uf 25v ganti saja 470uf 50v mungkin harga agak mahal sedikit namun untuk ketahanan adalah lebih baik.Pada akhir-akhir ini aku perhatikan untuk condenser supply regulator banyak menggunakkan pada kadar 47uf 160v (2 biji series) dahlah bodynya agak kecil uf juga kecil biasa aku guna 220uf 200v yang aku ambil dari power supply komputer yang dah rosak.Untuk mendapat mutu ketahanan adalah elok dipaterikan hampir keseluruhan,kita boleh mengambil upah lebih sedikit sebab ketahanan agak terjamin.Slogan aku "sekali servis tak akan berulang lagi"maksudnya tidak akan berulangan kerosakkan yang sama pada pelanggan yang sama,kita memberi perkhidmatan seiklas mungkin,jujurdan amanah.
Pelanggan akan berpuas hati dan akan memberitahu pada orang lain pula tentang bagusnya servis kita,ingat mulut adalah pelaris,jangan cepat berang bila mendapat pelanggan yang banyak karenah,sabar dan layan dengan baik.

2 comments:
patutlah harga murah..guna barang recycle
terima kasih atas komen anda salam ziarah
Post a Comment