Wednesday, December 22, 2010

MAGLEV TRAIN

Kereta api Maglev (magnetic levitation) ialah satu bentuk sistem pengangkutan yang menggunakan daya elektromagnet. Daya tersebut digunakan untuk mengapung, memandu dan memacu kenderaan (khususnya kereta api).
Kaedah ini lebih laju dan senyap berbanding sistem-sistem pengangkutan awamberoda yang lain dan berupaya mencapai kelajuan yang setanding dengan turbopropdan pesawat jet (900km/j atau 600 batu sejam). Istilah maglev merujuk bukan sahaja kepada kenderaan, tetapi juga kepada seluruh sistemnya, termasuklandasannya, yang direka bentuk khusus untuk pengapungan dan perejangan.

Kelajuan tertinggi yang pernah direkodkan oleh sesebuah kereta api maglev ialah 581 km/j (361 batu sejam) yang dicapai di Jepun pada tahun 2003[1], iaitu 6 km/j lebih laju daripada rekod kelajuan kereta api TGV konvensional[2].
Oleh kerana kereta api maglev tidak mempunyai banyak persamaan dan pertindihan dari segi teknologi berbanding kereta api beroda yang lain, pelaksanaannya sering menghadapi halangan mahupun sekatan samada dari segi teknologiekonomimahupun politik lebih-lebih lagi apabila infrastruktur sedia ada tidak boleh disesuaikan untuk penggunanya.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARNING

AWAS JANGAN MENCUBA KALAU ANDA
BUKAN SEORANG JURUSERVIS

Popular Posts

service manual dan diagram