Thursday, December 4, 2014

PHILIPS LCD 32" BACKLIGHT PROBLEM

Mainboard




Sebuah tv philips lcd 32 inci(model 32PFL3605S/98) masalah pada backlight,ianya hanya menyala seketika kemudian padam,tapi suaranya masih ada.Tv ini aku beli dari seorang pelanggan dengan harga RM100 kerana pemiliknya tak nak baiki.

                     


Aku sangka masalah berpunca pada power board dan telah membelinya dengan harga RM240,tapi bila di tukar....masalahnya tetap sama.Berbulan lamanya aku simpan.Beberapa hari lepas ada model yang sama di bawa oleh pelanggan,masalah tv terkena air.Bila di selongkar rupanya mainboard terkena air dan aku gantikan dengan mainboard yang ada pada tv tersebut,Alhamdulillah berhasil.

Terdetik di hati untuk mencari kerosakkan pada tv yang aku beli,lalu aku bongkar pada bahagian panelnya satu demi satu sehingga pada bahagian bulb backlight dengan penuh semangat.


Bulb backlight
                                       
Inilah penyebab protek pada BL

Setelah diulang solder pada soket bulb maka hilanglah segala misteri...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARNING

AWAS JANGAN MENCUBA KALAU ANDA
BUKAN SEORANG JURUSERVIS

Popular Posts

service manual dan diagram