Friday, March 18, 2011

KOMPUTER LAMA TAPI LAJU

Kenapa harus membazir wang untuk membeli komputer baru kalau yang lama masih boleh diguna pakai...tapi masalahnya komputer tu slow sangat,ini ada beberapa tip untuk dikongsi bersama.Aku masih pakai komputer lama yang menggunakan socket 478...bagaimana rupa socket 478 ni...

Inilah rupa socket 478



Ini adalah motherboad socket 478 dah bertahun-tahun aku gunakan dan aku sentiasa upgrade itupun kalau aku jumpa bahan-bahan yang murah.Aku gunakan proccesor intel celeron 1.7GHZ memandangkan masa tu chip intel ni mahal lagi tak mampu aku nak beli,aku tunggu bertahun-tahun juga untuk nak dapatkan chip(proccesor) intel pentium yang second dan bagi aku tak susah sangat nak dapatkannya bila ada orang upgrade komrputer aku bayar la murah-murah.sekarang aku guna proccesor intel pentium 4-2.8GHZ,ram DDR512.Motherboard yang aku pakai juga second berjenama Enlight aku beli dari member aku dengan harga Rm90,5 biji aku sapu habis tapi tak ada warranty la.Korang kalu nak upgrade komputer model ni lupakanlah tapi kalau korang boleh dapatkan barag terpakai okey la kalau nak beli baru baik tak payah...lebih baik beli satu system yang baru murah,ada warranty dan yang pasti memang berbaloi.



                                       Chip atau Proccesor intel pentium4 socket 478

Perlukah korang tambah RAM....jawapannya tak payah, buang duit jer memadai lah pakai 512MB atau 256MB.Kalu korang pakai RAM 1giga sekali pun memang tak boleh laju dah...batal kan saja niat anda.Korang boleh testing berapa kah pertambahan kelajuan kalau menggunakan RAM 512 sekeping berbanding menggunakan 2 keping.

Ini ialah RAM DDR


MENGAPA KOMPUTER LEMBAB

Mengapa komputer saya lembab atau slow.Banyak penyebab kenapa ia manjadi slow
1-Mungkin Hard disk ada masalah (Bad Sector)
2-Hard disk terlalu penuh
3-Terlalu banyak perisian yang di install tapi tak guna pun
4-Motherboard bermasalah-jarang berlaku

BAGAIMANA CARA MENGATASINYA

1-Format komputer dan install windows baru-memadai guna windows XP sahaja
2-Install perisian asas sahaja contohnya Microsoft Office 2003,KMP player atau GOM player untuk tengok
   movie 3GP,MOV,RM dan lain-lain format.         
3-Jangan simpan terlalu banyak fail dalam Hardisk
4-Guna Internal Hardisk-kalau minat simpan movie
5-Guna perisian yang ringan dan serasi dengan kelajuan komputer

Kalu korang ada internet selalulah buang fail cookies,temporary internet files dan sebagainya.Cara nak buang fail tersebut klik kat drive c dengan mouse sebelah kanan,pilih properties,pilih disc cleanup dan tik kat mana ada fail yang aku ceritakan kat atas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARNING

AWAS JANGAN MENCUBA KALAU ANDA
BUKAN SEORANG JURUSERVIS

Popular Posts

service manual dan diagram